Para sami Buddha yang menyertai kejadian keganasan di Lhasa, ini melanggar ajaran asas agama tersebut. Demikian dinyatakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penyelidikan Pusat Kajian Tibetologi China Lian Xiangmin dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Jabatan Penerangan Dewan Negara di Beijing semalam.

Beliau berkata, pelbagai fakta membuktikan para pendeta yang menyertai kejadian keganasan telah dihasut oleh kumpulan Dalai Lama dan pemisah di luar negara.
Lian Xiangmin menyatakan, jenayah keganasan itu bukan sahaja disasarkan kepada penduduk etnik Han dan etnik minoriti yang lain, tetapi juga kepada penduduk etnik Tibet. Bagaimanapun, tindakan penjenayah tersebut telah menyatupadukan rakyat pelbagai etnik di Tibet.
Dalam sidang akhbar itu, Naib Ketua Institut Kajian Sosioekonomi Pusat Kajian Tibetologi China Tenzin Lhundrup menyatakan dasar kebebasan beragama dan tidak campuradukkan politik dengan agama tidak akan berubah sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan China.
|