v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Greece Menanti-nantikan Sukan Olimpik Beijing yang Berjaya

2008-03-27 16:09:24 CRI

Larian obor Sukan Olimpik diadakan di Greece pada 24 hingga 30 Mac. Sempena menyambut obor Sukan Olimpik itu, rakyat Greece melahirkan sokongan mereka terhadap temasya sukan ini. Berikut ialah laporan terperinci tentang hal itu.

Upacara penyalaan api suci Sukan Olimpik Beijing telah diadakan di tapak tinggalan Olimpia kuno pada 24 Mac lalu. Orang dari merata-rata tempat di negara itu bersama-sama merayakan hari itu. Setiap orang menanti-nantikan Sukan Olimpik yang berjaya di Beijing.

Seorang wanita tua yang bernama Athena berharap semoga Sukan Olimpik akan berjaya di Beijing. Katanya: "Saya berasa amat bangga sebagai seorang warga Greece. Kami rakyat Greece berasa gembira kerana menyerahkan baton larian Sukan Olimpik kepada China. Moga-moga Beijing berjaya."

Menurut rancangannya, larian obor Sukan Olimpik akan berlangsung selama enam hari di Greece. Perjalanannya sejauh 1500 kilometer, melibatkan 16 buah kawasan, 43 buah bandar dan pekan serta 4 kawasan perumahan. Skopnya larian obor ini merupakan yang kedua terbesar selepas Sukan Olimpik Athens 2004. Naib Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Greece, ketika diwawancara oleh wartawan CRI menyatakan bahawa pelari obor merupakan utusan kedamaian, dan pihaknya memberikan perhatian kepada larian obor Sukan Olimpik Beijing ini. Katanya: "Greece sedang melaksanakan larian obor secara besar-besaran. Kami berharap dapat menyebarkan semangat Olimpik kepada China melalui saluran ini, iaitu dari sebuah negara kecil yang pernah berjaya mengadakan Sukan Olimpik kepada sebuah negara yang besar."

Athens, ibu negara Greece pernah mengadakan Sukan Olimpik Musim Panas dengan jayanya pada tahun 2004. Naib Datuk Bandar Athens memahami kesukaran yang dihadapi oleh pihak penganjur Sukan Olimpik, dan pengaruh yang besar jika Sukan Olimpik dilaksanakan dengan jayanya. Katanya: "Kami yakin Sukan Olimpik pasti akan dilaksanakan dengan jayanya di Beijing. Kami amat optimis terhadapnya. Seluruh dunia memberikan perhatian kepada temasya sukan itu. Saya berharap semoga Beijing mencapai kejayaan."

Duta Besar China ke Greece, Luo Linquan memberitahu wartawan bahawa, beliau dapat merasakan sokongan dan harapan rakyat Greece kepada Sukan Olimpik Beijing ketika larian obor diadakan. Beliau berkata, semangat Olimpik ialah "damai, bersahabat dan maju". Harapan rakyat China dan Greece kepada Sukan Olimpik memperlihatkan kecintaan mereka kepada kedamaian. Kata beliau: "Mengapa semangat Olimpik ini baik? Kerana sebahagian besar rakyat di dunia mencintai kedamaian. China mengemukakan konsep "dunia yang harmoni". Konsep ini membawa makna yang sama dengan semangat Olimpik."

Athena, wanita Gerrk yang berumur itu, pernah mengadakan lawatan ke Beijing 10 tahun yang lalu. Beliau berharap dapat melawat Beijing sekali lagi. Kata beliau: "Saya, suami dan anak lelaki saya pernah melawat Beijing 10 tahun yang lalu. Penduduk Beijing ramah dan baik hati. Kami tertarik dengan penduduk Beijing, Tembok Besar. dan kesemua yang kami temui."

Ada pribahasa China yang berbunyi "penyaksian hakiki oleh mata hati". Wartawan kami memberitahu Athena bahawa Beijing telah mengalami perubahan yang besar dalam tempoh 10 tahun lalu. Beijing yang lebih indah, permai lagi mesra ini persahabatan mengalu-alukan kedatangan beliau dan orang yang cinta akan kedamaian.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |