v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Totoh-tokoh Pelbagai Lapisan Masyarakat Tibet Mengutuk Keganasan yang Berlaku di Lhasa pada 14 Mac

2008-03-27 16:51:27 CRI

Suruhan yang berlaku di Lhasa, ibu kota Wilayah Autonomi Tibet pada pertengahan bulan Mac lalu telah menerima kutukan yang keras daripada golongan agama, penduduk bandar dan sarjana di Tibet. Mereka menyatakan bahawa rusuhan  tersebut telah melanggar hak asasi manusia dan menjejaskan kejayaan pembangunan Lhasa yang sememangnya sukar dicapai. Mereka menyeru agar peristiwa serupa itu tidak berlaku lagi bagi demi menjaga keamanan rakyat.

Pengarah Persatuan Persastuan Agama Tibet Buddha China Drukhang Thubten Khedrup menyatakan bahawa sejumlah kecil penganut Buddha tidak mematuhi ajaran agama, dan menjejaskan kepentingan asas kalangan agama dan penganut agama tersebut. Kata beliau, saya berasa terkejut ketika melihat sebahagian penganut agama Buddha telah melakukan tindakan merusuh bersama-sama dengan anasir jahat. Tindakan tersebut melanggar hak asasi manusia dan tidak selaras dengan ajaran agama.

Menurut perangkaan, 18 orang awam didapati terbunuh, 120 buah rumah penduduk musnah, 908 buah kedai telah dibakar dalam kes rusuhan di Lhasa itu. Selain itu, 7 buah sekolah dan 5 buah hospital rosak, menyebabkan kerugian berjumlah kira-kira 250 juta yuan RMB. Losang, seorang penduduk Bandar Lhasa berkata, saya amat marah terhadap perusuh yang membakar bangunan di Lhasa baru-baru ini. Kestabilan dan kemakmuran Tibet kini adalah kejayaan pembangunan yang dihasilkan dengan susah payah melalui kegiatan bersama-sama rakyat pelbagai etnik. Namun, tindakan sejumlah kecil perusuh telah mengakibatkan kerugian yang besar dalam beberapa hari sahaja. Saya sebagai penduduk Lhasa berasa sungguh marah.

Dukar Tsering, seorang sarjana dari Pusat Penyelidikan Ilmu Tibet China berkata bahawa kerajaan China telah memperuntukkan sejumlah besar dana, emas dan perak untuk memugar dan melindungi istana Potala, biara Tashilhunpo dan kuil Jokhang bagi jangka masa yang panjang. Kata beliau, hasil  penyelidikan dan penyiasatan saya membuktikan bahawa kumpulan Dalai benar-benar merupakan puak yang menjejaskan rancangan pembangunan agama Buddha Tibet yang normal, pemulihan budaya tradisional etnik Tibet dan pendidikan etnik Tibet.

Sebaik sahaja rusuhan itu  berlaku, kerajaan Wilayah Autonomi Tibet segera mengambil tindakan untuk membanteras keganasan  tersebut. Kedai, sekolah dan pasaraya di Lhasa telah beroperasi semula sekarang dan keamanan telah pulih seperti biasa di Lhasa.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |