v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Beberapa Tokoh Antarabangsa Sokong Tindakan China bagi Memelihara Perpaduan Negara
2008-03-28 14:58:14 CRI

Beberapa tokoh antarabangsa menyatakan sokongan terhadap tindakan China bagi memelihara perpaduan negara.

Speaker Dewan Rendah Parlimen Pakistan, Puan Fahmida Mirza yang baru menyandang jawatan itu semalam menyokong tindakan kerajaan China bagi memelihara perpaduan negara dan ketenteraman masyarakat. Katanya, parlimen Pakistan mengutuk keras rusuhan yang tercetus di Lhasa, Tibet, menentang usaha kemerdekaan Tibet dan Taiwan serta niat mempolitikkan Sukan Olimpik Beijing dengan kejadian tersebut.

Naib Ketua merangkap Ketua Pengarang akhbar bahasa Mandarin "Asia News Time" Thailand, Encik Qian Feng berkata, laporan yang tidak benar dari sebahagian media barat baru-baru ini memperlihatkan pencabulan etika profesional.

Majalah "Zaman Kita" Jerman menerbitkan rencana yang bertajuk "Ini Tidaklah Berkaitan dengan Hak Asasi Manusia". Rencana tersebut memaparkan sejarah Tibet dalam jangka lebih 50 tahun lalu dan mendedahkan hakikat kumpulan Dalai Lama yang memecahbelah negara kerana kepentingan pihak tertentu.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |