v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pakar Thailand Menyatakan, Laporan Media Massa Dunia Barat tentang Rusuhan di Tibet Tidak Mematuhi Etika Profesional

2008-03-28 15:18:00 CRI

Rusuhan yang berlaku di Tibet dan kawasan sekitarnya telah menarik perhatian masyarakat antarabangsa. Pakar Thailand mengenai masalah China, Encik Qian Feng menyatakan bahawa laporan media massa dunia barat mengenai rusuhan tersebut tidak mematuhi etika profesional.

Sebagai Naib Pengarang akhbar bahasa Mandarin Harian Asia di Thailand. Encik Qian Feng memberikan perhatian yang berat kepada peristiwa rusuhan yang berlaku di Lhasa itu. Encik Qian Feng berkata: "Media massa tidak boleh memesongkan kebenaran semasa membuat liputan. Terdapat media massa dunia barat yang menunjukkan gambar tertentu, dan menyatakan bahawa itu ialah gambar polis China yang sedang menangkap pemisah Tibet, tetapi sebenarnya itu ialah gambar polis Nepal yang sedang mengusir penunjuk perasaan yang menyokong kemerdekaan Tibet. Mengapa kejadian yang berlaku di Nepal dipindahkan ke China?"

Encik Qian Feng menyatakan bahawa beberapa media massa dunia barat telah membuat laporan yang menyatakan polis China menangkap suspek. Tetapi hakikatnya ialah polis membantu orang yang cedera untuk menaiki ambulans. TV dunia barat telah berulang kali menayangkan gambar seorang penduduk etnik Tibet yang cedera akibat dipukul oleh polis. Tetapi sebenarnya mangsa itu ialah seorang doktor yang dipukul oleh perusuh kerana cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak etnik Han. Terdapat beberapa orang pelancong dari dunia barat telah menyaksikan rusuhan tersebut. Mereka telah menggunakan kamera video untuk merakamkan kebenaran di Lhasa. Gambar yang dirakamkan oleh mereka sama sekali berlainan daripada laporan yang dikeluarkan oleh media dunia barat.

Encik Qian Feng menyatakan bahawa berdasarkan meklumat daripada gambar dan video yang berkenaan, kejadian yang berlaku di Lhasa itu merupakan rusuhan yang ganas, bukan aktiviti tunjuk perasaan secara aman. Beliau berkata: "Kini, beberapa media Jerman mengakui bahawa mereka telah memutar-belitkan kebenaran. Tetapi mereka tidak memohon maaf, hanya menyatakan rasa kesal terhadap tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab itu. Sikap tersebut tidak mematuhi etika profesional media. Keadaan ini menunjukkan bahawa sesetengah orang dengan sengaja atau tidak sengaja telah membuat laporan yang memesongkan kebenaran berkait dengan masalah Tibet."

Encik Qian Feng menyatakan bahawa sikap kerajaan tempatan Tibet yang terlalu berhati-hati dan bersabar telah mengakibatkan perusuh melakukan rusuhan yang begitu teruk. Kerajaan Tibet pula tidak menggunakan kekerasan secepatnya untuk membanteras rusuhan tersebut. beliau berkata: "Saya amat memahami dasar etnik kerajaan China. Kerajaan China bersikap berhati-hati kektika menangani masalah etnik. Rusuhan itu berlaku sempena sidang Kongres Rakyat Kebangsaan dan jawatankuasa kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat di Beijing yang disertai oleh pemimpin kerajaan tempatan Tibet. Pegawai yang bertanggungjawab di Tibet tidak berani menangkap perusuh tanpa arahan kerajaan pusat. Perusuh-perusuh tersebut mempunyai waktu yang lama untuk membakar bangunan dan merampas barang-barang milik orang awam. Jikalau kerajaan China segera mengambil tindakan keras seperti yang dilaporkan oleh media dunia barat, rusuhan itu tidak mungkin menjadi begitu teruk."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |