v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Rencana Pengarang Agensi Berita Xinhua Kecam Kenyataan Tidak Bertanggungjawab mengenai Rusuhan di Tibet
2008-03-30 16:16:59 CRI

Agensi Berita Xinhua China hari ini menerbitkan rencana pengarang yang bertajuk: "Hentikan Kenyataan yang Tidak Bertanggungjawab".

Rencana itu berbunyi, Presiden Parlimen Eropah, Hans-Gert Poettering baru-baru ini mengeluarkan kenyataan yang memutarbelitkan fakta rusuhan yang berlaku di Lhasa Tibet. Kenyataannya betul-betul berdasarkan hujah karut dan perbuatan itu tidak bertanggungjawab.

Menurut rencana tersebut, peristiwa Lhasa merupakan tindakan keganasan yang didalangi oleh Kumpulan Dalai untuk memecahbelahkan negara China. Rusuhan tersebut menjejaskan hak asasi manusia penduduk tempatan, serta mengancam keselamatan awam dan ketenteraman masyarakat. Kerajaan China mengambil tindakan untuk memelihara kestabilan Lhasa di sisi undang-undang. Tindakan tersebut adalah mustahak dan disokong oleh lebih 100 buah negara yang lain.

Rencana itu menyatakan, kenyataan Poettering tersebut telah memperlihatkan sikap prasangka buruk politik yang dipegang oleh golongan tertentu di negara-negara Barat. Perbuatan itu tidak disokong oleh masyarakat antarabangsa dan menyakitkan hati rakyat China.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |