Rencana yang diterbitkan Agensi Berita Xinhua China dengan menggunakan nama pena Yi Duo hari ini berbunyi, kumpulan Dalai merupakan pihak yang mendalangi dan menghasut rusuhan yang berlaku di Lhasa.
Menurut rencana tersebut, kumpulan Dalai sentiasa menjalankan kegiatan untuk memecahbelahkan negara China sejak Dalai Lama melarikan diri selepas gagal dalam pemberontakan bersenjata pada tahun 1959. Selepas Beijing berjaya mendapatkan hak penganjuran Sukan Olimpik 2008, kumpulan Dalai pun cuba mempercepatkan kegiatan "kemerdekaan Tibet" dengan melaksanakan siri tindakan yang menyasarkan Sukan Olimpik Beijing.
Rencana itu berbunyi, fakta-fakta membuktikan rusuhan yang berlaku di Lhasa pada 14 Mac lalu didalangi dan dirancang kumpulan Dalai.
|