v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Tidak Puas Hati dengan Rundingan Mesyuarat Majlis Menteri Luar EU tentang Isu Tibet
2008-03-31 11:15:12 Agensi Berita Xinhua China

China tidak puas hati terhadap mesyuarat Majlis Menteri Luar Kesatuan Eropah yang membincangkan situasi di Tibet dan ulasan yang dikeluarkannya semalam.

Jurucakap Kementerian Luar China, Jiang Yu ketika menjawab pertanyaan wartawan, berkata, isu Tibet sama sekali hal ehwal dalaman China, dan sebarang negara serta pertubuhan antarabangsa tidak berhak untuk campur tangan.

Katanya, kerajaan China sentiasa memelihara hak asasi manusia dan menggalakkan perkembangan kebudayaan tradisional dan cara hidup beragama di Tibet. Kerajaan China menghantar ramai orang ke Tibet dan memperuntukkan dana untuk melindungi, membaikpulih dan membina kemudahan kebudayaan dan keagamaan di wilayah itu. Tindakan itu memenuhi keperluan penduduk etnik Tibet dan penduduk penganut agama lain terhadap kegiatan kebudayaan dan keagamaan. Usaha dalam pelbagai bidang di Tibet mencapai kejayaan pada tahap lebih tinggi. China menuntut Kesatuan Eropah dan negara anggotanya membezakan antara yang baik dengan yang jahat, mengutuk insiden keganasan di Tibet dan mereka yang mencetuskannya, dan jangan bersubahat dengan kegiatan keganasan anasir untuk "kemerdekaan Tibet".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |