Diplomat dari beberapa negara ke China mengadakan tinjauan ke Lhasa, ibu kota Tibet pada 28 Mac lalu. Mereka mengadakan tinjauan selama dua hari mengenai peristiwa rusuhan "14 Mac" di Lhasa. Mereka memahami situasi yang berlaku dan menyokong tindakan kerajaan ketika menghadapi peristiwa ini.
Diplomat tersebut dari Brazil, A.S., Britain, Singapura, Tanzania dan Rusia.
Puan Foo Teow Lee, Konselor dari Kedutaan Besar Singapura ke China berkata kerajaan perlu mengambil tindakan ketika menghadapi keganasan yang seumpama ini bagi memelihara keselamatan rakyat.
Dalam lawatan ini, para diplomat juga mengunjungi Kuil Jokhang, dan beramah mersa dengan tokoh-tokoh pelbagai lapisan masyarakat Tibet.
|