Istana Potala telah dibuka semula menandakan sektor pelancongan di Tibet kian pulih.
Pegawai Jabatan Pentadbiran Pelancongan Wilayah Autonomi Tibet baru-baru ini berkata, Istana itu telah ditutup selepas rusuhan 14 March berlaku di Lhasa. Kini, setelah situasi di Tibet pulih seperti biasa, tempat tersebut yang menjadi kunjungan pelancong dibuka semula kepada orang ramai.
Jumlah pelancong yang melawat Tibet telah meningkat secara mendadak pada minggu lalu. 80% kedai yang ditutup akibat rusuhan tersebut telah dibuka semula. Kerajaan akan mengambil pelbagai langkah untuk mendorong perkembangan sektor pelancongan di Tibet.
|