Sejumlah besar mangsa menderita dalam rusuhan yang berlaku di Tibet dan beberapa kawasan kediaman etnik Tibet di Provinsi Sichuan. Ramai sami yang tertipu sehingga terlibat dalam rusuhan tersebut pula menyatakan kesal terhadap kejadian tersebut. Gyayanglogzhub berkata demikian dalam seminar tokoh kalangan Budha Sichuan yang diadakan baru-baru ini.
Naib Pengerusi Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat Sichuan, Chen Guangzhi memaklumkan situasi di kawasan kediaman etnik Tibet di Sichuan baru-baru ini bahawa majoriti sami dan penganut agama Budha di Sichuan mempertahankan patriot dan kesetiaan terhadap agama. Mereka mengambil pelbagai langkah untuk memelihara ketenteraman masyarakat dan agama.
|