Jurucakap Kementerian Luar China Jiang Yu hari ini menyelar tindakan menyebar surat terbuka yang dikemukakan oleh Dalai Lama kepada orang Cina seluruh dunia pada 28 March lalu.
Katanya, dalam tempoh 50 tahun yang lalu, kumpulan Dalai Lama sentiasa memesongkan fakta sejarah, menghasut pelbagai etnik dan menjejaskan kestabilan masyarakat dalam usaha mewujudkan "kemerdekaan Tibet". Tindakan terbaru kumpulan Dalai Lama itu menghasut sehingga terjadi rusuhan yang menyebabkan bangunan terbakar dan barang-barang milik awam di kawasan-kawasan kediaman penduduk etnik Tibet dirampas. Kejadian tersebut telah menjejaskan keselamatan harta dan nyawa rakyat dan mencetuskan kemarahan seluruh rakyat China, dan kutukan masyarakat antarabangsa. Kumpulan Dalai Lama cuba menafikan penglibatan mereka melalui surat tersebut. Orang ramai nescaya tidak percaya dengan kandungan surat itu.
Menurut beliau, kumpulan Dalai Lama menyatakan untuk mengadakan muafakat dengan kerajaan pusat China. Tetapi sebaliknya mereka menghasut sehingga berlaku rusuhan dan cuba menjejaskan Sukan Olimpik Beijing. Tindakan itu jelas menjejaskan asas muafakat tersebut. Kumpulan Dalai Lama dituntut segera menghentikan sebarang aktiviti keganasan yang menjejaskan kestabilan masyarakat dan Sukan Olimpik Beijing serta aktiviti memisahkan Tibet dari tanah air.
|