v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Suspek Dalang Utama Rusuhan 14 Mac Lhasa Mengaku Kegiatannya Dilakukan Mengikut Arahan Kumpulan Dalai

2008-04-02 14:45:55 CRI

Kementerian Keselamatan Awam China dalam sidang akhbar yang diadakan di Beijing semalam menyatakan bahawa pihak polis Lhasa telah menangkap seorang suspek dalang utama yang terlibat dalam rusuhan 14 Mac di Lhasa. Suspek itu mengaku bahawa kesalahan yang dilakukannya itu adalah mengikut arahan seorang pegawai kumpulan Dalai dengan komplotan untuk mencelahbelahkan negara. Sekarang, pihak polis mempunyai bukti yang cukup yang menunjukkan, rusuhan 14 Mac itu adalah angkara kumpulan Dalai dalam komplot "gerakan pemberontakan Tibet" yang berniat menjejaskan kestabilan Tibet dan memberikan ancaman kepada China.

Pada 14 Mac lalu, sekumpulan perusuh telah memukul penduduk tempatan yang tidak berdosa, merosakkan dan membakar kedai, pejabat telekomunikasi dan bangunan kerajaan di Lhasa, ibu kota Wilayah Autonomi Tibet China. Berdasarkan keputusan penyiasatan selepas rusuhan itu, lebih 1000 bangunan telah dibakar termasuk kedai, sekolah, rumah kediaman penduduk dan institusi kewangan. Di samping itu, 18 orang penduduk awam telah terkorban dan 380 orang yang lain cedera. Rusuahn itu mengakibatkan kerugian ekonomi hampir 250 juta Yuan RMB di bandar Lhasa. Demi memelihara kepentingan rakyat pelbagai kaum di Tibet, kerajaan Tibet segara bertindak memulihkan ketenteraman masyarakat tempatan. Sekarang, suspek-suspek yang terlibat dalam empat kes pembakaran dan pembunuhan utama telah ditangkap polis.

Jurucakap Kementerian Keselamatan Awam China, Wu Heping dalam sidang akhbar semalam berkata: "Bermula 15 Mac lalu, pihak polis China telah menangkap beberapa orang suspek utama yang mempunyai hubungan erat dengan kumpulan Dalai dan terlibat dalam rusuhan 14 Mac itu. Selain itu, polis juga berjaya mengesan kegiatan seorang pegawai 'jabatan keselamatan' kumpulan Dalai di dalam negeri. Sekarang, seorang suspek utama yang merancang rusuhan 14 Mac telah ditangkap. Suspek itu mengaku sendiri bahawa dia mempunyai hubungan dengan seorang pegawai kumpulan Dalai dan dia melakukan kegiatan pemecahbelahan itu mengikut arahan pegawai itu."

Suspek itu juga mengaku dia telah membina jaringan perisikan yang rapi di China untuk berkhidmat kepada kumpulan Dalai dan mengheboh-hebohkan kegiatan pemisahan itu. Wu Heping berkara: "Sekarang sudah ada bukti yang kukuh yang menunjukkan rusuhan 14 Mac itu adalah sebahagian daripada 'gerakan pemberontakan Tibet' yang dirancang oleh kumpulan Dalai. Ia bertujuan untuk menjejaskan kestabilan Tibet dan memberikan ancaman kepada China.

Pada bulan Januari lalu, 7 rejim pemisah Tibet mengadakan sidang akhbar di New Delhi, India dan mengumumkan mereka akan melancarkan "gerakan pemberontakan Tibet" dan menetapkan 10 Mac lalu sebagai tarikh terakhir kepada kerajaan China untuk memenuhi permintaan mereka."

Wu Heping menyatakan apa yang disebut "gerakan pemberontakan Tibet" sebenarnya bertujuan menjadikan berlangsungnya Sukan Olimpik Beijing pada tahun ini sebagai peluang terakhir mereka untuk merealisasikan "kemerdekaan Tibet." Kata beliau: "Kegiatan Kumpulan Dalai tu bertujuan menjejaskan kestabilan masyarakat dan perpaduan kaum di China dan memberikan tekanan kepada China sempena Sukan Olimpik Beijing bagi komplot memecahbelahkan negara. Semangat Sukan Olimpik mengesyorkan kedamaian, menghapuskan perang dan konflik. Manakala, kumpulan 'kemerdekaan Tibet' yang diketuai oleh kumpulan Dalai berniat mempolitikkan Sukan Olimpik dan bertindak memboikot Sukan Olimpik Beijing. Perbuatan itu membelakangi semangat Sukan Olimpik dan menjejaskan perasaan rakyat seluruh dunia yang mencintai kedamaian."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |