v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Dalai Lama Tidak Mewakili Rakyat Tibet
2008-04-02 15:52:18 Agensi Berita Xinhua China

Dalai Lama hanya mewakili sistem feudal dan perhambaan di Tibet, tapi tidak mewakili rakyat Tibet. Tokoh-tokoh daripada pelbagai lapisan masyarakat Tibet menyatakan demikian semasa bercerita tentang Dalai Lama dengan identiti "wakil etnik Tibet" untuk menjalankan pelbagai aktiviti.

Wakil Kongres Rakyat Kebangsaan China, yang juga Ketua Pengarah Syarikat Perdagangan Industri Mobil Tibet, Phurbu berkata, wakil Kongres Rakyat yang dipilih oleh 2.8 juta rakyat sudah dapat mewakili rakyat di Tibet.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Tibet, Legqog berkata, beberapa puluh tahun yang lalu, penduduk Tibet menikmati hak sebagai tuan di sisi undang-undang. Mereka bersama-sama rakyat etnik yang lain menyertai pentadbiran hal ehwal negara secara sama rata dan mempunyai hak yang khas untuk mentadbir hal ehwal etnik sendiri di sisi undang-undang.

Ketua Pengarah Jabatan Penyeliaan Wilayah Autonomi Tibet, Odser berkata, penduduk Tibet bebas menjalankan ibadat agama serta bebas mengemukakan pandangan. Katanya, Dalai Lama telah memesongkan kebenaran rusuhan di Lhasa. Tetapi dia tidak dapat menjejaskan pembangunan yang harmoni di Tibet.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |