"Autonomi peringkat tinggi" yang digembar-gemburkan oleh Dalai Lama bertujuan mengubah sistem autonomi etnik yang sedia ada di China. Naib Canselor Universiti Kebangsaan Pusat China Xiraonima berkata demikian di Beijing hari ini sebagai menjawab beberapa wartawan asing yang berpendapat Dalai Lama tidak menganjurkan "kemerdekaan Tibet", tetapi "autonomi peringkat tinggi Tibet".
Kata Xiraonima, semasa menggembar-gemburkan "autonomi peringkat tinggi", Dalai Lama menuntut kerajaan mengundurkan tenteranya dari Tibet dan menubuhkan "kawasan Tibet besar" yang melibatkan Tibet, Sichuan, Yunnan, Gansu dan Qinghai. Rancangannya itu nescaya akan mengakibatkan tercetus permusuhan antara pelbagai etnik di kawasan tersebut.
|