Naib Pengarah Jabatan Pelancongan Wilayah Autonomi Tibet, Tanor berkata, kumpulan pelancongan China dan luar negara sertya pelancong perseorangan dibenarkan berkuncong ke Tibet bermula 1 Mei tahun ini. Pada maas ini kerja-kerja persiapan penerimaan pelancong jabatan pelancongan Tibet telah dipulihkan untuk pelbagai destinasi pelancongan ke Tibet.
Industri pelancongan Tibet tergendala akibat peristiwa keganasan di Lhasa pada 14 Mac lalu. Jabatan pelancongan pernah bercadang untuk menghentikan destinasi ke Tibet yang diatur oleh pelbagai syarikat pelancongan tempatan dan perkhidmatan yang disediakan oleh unit perkhidmatan pelancongan di Tibet.
|