
Polis China merampas sejumlah senjata untuk menyerang selepas rusuhan 14 March lalu di Lhasa. Jurucakap Kementerian Keselamatan Awam China berkata demikian semalam.
Selepas rusuhan 14 March itu berlaku, polis China telah merampas sejumlah senjata untuk menyerang ditemui di asrama sami di Tibet, Sichuan, Qinghai dan Gansu termasuk 185 laras senapang, 14367 butir peluru, 2139 buah pisau dan 3862 kilogram ubat letupan.
Selain itu, polis juga merampas beberapa banyak bendera, sepanduk dan risalah mengenai "kemerdekaan Tibet".
Rusuhan yang berlaku di Lhasa pada 14 March lalu telah mengakibatkan 18 orang rakyat maut dan 382 orang lagi cedera.
|