Laman sesawang dalam 39 jenis bahasa daripada CRI. Online telah membuat laporan baru-baru ini mengenai kebenaran rusuhan di Tibet. Laporan tersebut turut menimbulkan reaksi daripada pengguna internet pelbagai negara.
Seorang pengguna internet warga Itali menyatakan bahawa rusuhan itu menjejaskan keamanan dan kestabilan Tibet. Helmut Matt daripada Jerman dalam e-mailnya menyatakan, rusuhan itu dirancang oleh kekuatan anti China dan pemisah Tibet. Tindakan mereka bertujuan untuk menjejaskan Sukan Olimpik Beijing dan imej China di arena antarabangsa. Pengguna daripada Spanyol, Czech dan Maghribi telah mengirim e-mail untuk menentang kgiatan yang mengaitkan Sukan Olimpik dengan politik.
Para pengguna internet memahami dan menyokong langkah yang diambil oleh kerajaan China untuk menangani kejadian tersebut. Mereka yakin China akan menjayakan Sukan Olimpik Beijing 2008.
|