Aktiviti agama yang normal telah dipulihkan di pelbagai tempat agama Wilayah Autonomi Tibet dan kepercayaan agama pendudu di Tibet terjamin selepas rusuhan keganasan 14 Mac yang lalu di Lhasa.
Naib Pengarah Suruhanjaya Urusan Agama dan Etnik Wilayah Autonomi Tibet Ngapoi Jigyon menyatakan, terdapat lebih 1700 buah kuil agama Buddha dan 46 ribu 300 orang sami di Tibet pada masa sekarang. Pelbagai aktiviti agama dilaksanakan seperti biasa dan dihormati oleh pelbagai kalangan Tibet, beberapa bangunan agama Buddha yang penting di Tibet dibaikpulih, sejumlah besar buku klasik agama Buddha mendapat perlindungan.
|