Harian Renminribao, akhbar paling berwibawa China menerbitkan artikel hari ini yang bertajuk "Mana Negara Izinkan Jenayah Kekerasan."
Artikel itu menyebut, bermula 14 Mac lalu, perbuatan perusuh yang memukul penduduk awam di Lhasa dan beberapa kawasan kediaman penduduk etnik Tibet amat memilukan dunia. Mereka yang mempunyai hati nurani semua berasa amat marah terhadap perbuatan perusuh itu dan bersimpati kepada mangsa yang tidak berdosa.
Dalam artikel itu dinyatakan, sejarah dan fakta dapat membuktikan komplot kumpulan Dalai berusaha untuk memisahkan negara dengan tindakan kekerasan dan "kenyataan yang membelakangi fakta". Lebih-lebih lagi perbuatan yang menghasut penduduk pelbagai kaum supaya saling bercakaran.
|