Selepas liputan tentang rusuhan Lhasa pada "14 Mac" diterbitkan dalam laman web CRI Online dalam 39 jenis bahasa asing, ramai pengguna internet dari pelbagai negara memberi respons mereka melalui internet, surat dan telefon.
Pengguna internet Itali Giuseppe pernah melawat Lhasa. Beliau berkata, "Semasa pergi ke Tibet pada tahun 2007, hidup rakyat amat damai dan harmoni, dan taraf hidup mereka juga meningkat. Jalan-jalan yang dibina semakin baik dan bandarnya menjadi lebih indah. Saya merasa kesal tentang rusuhan di Tibet yang menjejaskan segala kedamaian dan keharmonian itu."
Pendengar Barcelona, Sepanyol, Jaoquin yang mengirim surat menyatakan, "ditinjau dari operasi Landasan Kereta Api Qinghai-Tibet, sudah boleh dijangka pembangunan ekonomi dan taraf hidup rakyat Tibet sudah dipertingkatkan. Ini berkaitan rapat dengan sokongan dasar kerajaan serta semua rakyat China. Oleh itu, tindakan yang berniat memisahkan Tibet daripada China wajar tidak disokong rakyat seluruh dunia."
Pendengar Monaco, Helene mengirim e-mel kepada laman web bahasa Perancis CRI bahawa, sangat tidak munasabah bagi mengaitkan kes rusuhan Tibet dengan Sukan Olimpik Beijing, kenara temasya sukan bukan pentas politik. Beliau berharap agar Sukan Olimpik Beijing dapat mencapai kejayaan besar.
|