Jurucakap Kementerian Luar China, Puan Jiang Yu membidas penipuan yang dibuat oleh Dalai Lama yang menyatakan "tidak mengusahakan kemerdekaan Tibet tetapi sebaliknya mengekalkan jalan tengah" dalam "Surat kepada Saudara-saudari Tibet".
Katanya, Dalai Lama merupakan wakil kepada sistem perhambaan yang merupakan sistem paling hitam dalam sejarah manusia kerana tidak mengandungi demokrasi, kebebasan dan hak asasi manusia dalam sebarang bentuk, tetapi hanya hak khas bagi pemilik hamba.
Jiang Yu juga mempertikaikan dakwaan Dalai kononnya dia tidak terlibat dengan rusuhan "14 Mac" Lhasa. Tegasnya, tindakan Dalai Lama baru-baru ini bagi menghasut dan mengadakan rusuhan dengan sendirinya membuktikan "kedamaian" dan "tanpa kekerasan" yang dikemukakannya itu suatu pembohongan.
|