v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Respons Pendengar dan Pengguna Internet dari Pelbagai Negara tentang Rusuhan Lhasa "14 Mac"

2008-04-08 15:33:43 CRI

Kebelakangan ini, selepas liputan tentang rusuhan di Lhasa pada 14 Mac disiarkan dan diterbitkan dalam laman web CRI Online dalam pelbagai jenis bahasa asing, ramai pendengar dan pengguna internet dari negara-negara di dunia memberi respons mereka melalui internet, surat dan telefon. Mereka mengutuk keganasan itu dan menyatakan sokongan terhadap tindakan yang diambil oleh kerajaan China untuk memulihkan keamanan di Lhasa. Mereka juga menentang cubaan yang menghubungkan isu Lhasa dengan Sukan Olimpik Beijing, dan berhrap moga-moga kerajaan China dapat menjayakan temasya sukan terbesar itu.

Pendengar warga Argentina, Ricardo Huerta selalu melayari laman web bahasa Sepanyol CRI untuk mengetahui perkembangan tentang rusuhan di Lhasa itu. Beliau menulis begini di laman web tersebut, "Saya amat marah kepada pengganas Tibet yang berniat memisahkan Tibet daripada China. Fakta dan respons masyarakat antarabangsa membuktikan bahawa rusuhan yang berniat jahat dan melanggar undang-undang itu pasti gagal." Pada 25 Mac lalu, beliau menelefon lagi kepada bahagian bahasa Sepanyol CRI dan berkata:

"Saya terkejut dengan rusuhan di Lhasa itu. Saya pernah melawat China dua kali. Berita tentang keadaan China yang disebarkan oleh beberapa kuasa anti-China, menggunakan isu Tibet, kali ini, betul-betul tidak tepat, dan sama sekali tidak sama dengan apa yang saya lihat di China. Kumpulan anti-China dan anasir pemecebalah yang berniat memburukkan imej China dan memboikot Sukan Olimpik tidak akan berjaya."

Baru-baru ini, beberapa orang pendengar siaran bahasa Itali CRI telah menghantar e-mel kepada kami, menyatakan tentangan keras mereka terhadap keganasan di Lhasa. Mereka amat marah terhadap perusuh itu, dan melahirkan rasa kesal terhadap liputan media barat yang memutarbelitkan fakta tentang rusuhan itu. Pekerja bahagian bahasa Itali CRI, Encik zhang Jin berkata:

"Selepas mengetahui rusuhan di Lhasa melalui liputan media, Giordana Marcheselli, seorang pendengar kami segera menyatakan kutukan dan rasa kesalnya tentang kejadian itu melalui telefon dan faks. Beliau menyokong pendirian kerajaan China berkaitan kejadian ini. Ramai pengguna internet dari Itali juga memberikan perhatian kepada isu ini. Pelayar internet Giuseppe ialah seorang warga Itali yang pernah melawat Lhasa. Beliau telah menyaksikan kehidupan rakyat Tibet yang aman tenteram. Beliau menentang dengan keras keganasan yang mensasarkan orang awam yang didalangi oleh kelompok Dalai. Beliau berharap tidak lama lagi berkesempatan kembali ke Tibet untuk menikmati suasana keamanan di sana."

Tentang pengganas Tibet yang berniat menjejaskan Sukan Olimpik dengan mencetuskan keganasan itu, pengguna internet dari Jerman, Helmut Matt dalam e-melnya berkata bahawa beliau dari awal-awal lagi sudah menyedari ini merupakan satu komplot bagi mengganggu penganjuran Sukan Olimpik di Bejing. Liputan memutarbelitkan fakta tentang peristiwa itu yang disebarkan begitu cepat ke seluruh dunia memperlihatkan rusuhan itu memang dirancang. "

Pendengar India, Shahid Azmi menelefon kepada bahagian bahasa India CRI untuk mengutuk rusuhan di Lhasa dan niat jahat kelompok Dalai. Beliau berkata:

"Saya menentang peristiwa keganasan yang berlaku di Tibet. Banyak perubahan berlaku di Tibet. Landasan kereta api telah siap dibina di sana, mutu kehidupan rakyat juga telah ditingkatkan. Manakala kelompok Dalai tidak mempedulikan kejayaan dan perkembangan yang wujud di Tibet. Mereka mencetuskan insiden itu dam menggunakan Sukan Olimpik Beijing supaya masyarakat dunia memberikan perhatian kepada mereka. Niatnya mereka benar-benar hendak memecahbelahkan China. Pada pandangan saya, mereka yang mencintai manusia, China, sukan, keadilan dan kedamaian tentu akan menyokong penuh Sukan Olimpik Beijing."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |