v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Jaminan yang Cukup Baik untuk Menjayakan Larian Obor Sukan Olimpik di Tibet

2008-04-09 18:41:56 CRI

Pengerusi kerajaan Wilayah Autonomi Tibet China, Encik Qiangba Puncog dan Naib Ketua Pengarah Jabatan Penyatuan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Sita telah menerima wawancara wartawan dalam dan luar China di Beijing hari ini. Mereka menyatakan bahawa kerajaan Tibet telah menjalankan persiapan yang mencukupi untuk memastikan larian obor Sukan Olimpik berjalan dengan lancar di sana. Mereka juga berharap kelompok Dalai menghentikan semua kegiatan keganasan dan pemecehbelahan. Kerajaan China bersedia berdialog dengan pihak Dalai selama ini.

Menurut rancangan, obor Sukan Olimpik akan dibawa ke Qomolangma, puncak gunung tertinggi di dunia pada bulan Mei nanti dan larian obor dijalankan di Tibet pada bulan Jun. Encik Qiangba Puncog menyatakan bahawa Wilayah Autonomi Tibet telah bersiap sedia menghadapi larian obor itu di Tibet. Larian obor pasti dapat berlangsung lancar. Kata beliau:

"Menganjurkan Sukan Olimpik merupakan impian bangsa China. Larian obor diadakan di Tibet merupakan satu penghormatan dan tanggungjawab rakyat Tibet. Aktiviti itu disokong oleh rakyat daripada pelbagai etnik di Tibet. China berkeyakinan untuk menjamin keselamatan sepanjang larian obor itu diadakan."

Beliau menyatakan, niat kelompok Dalai yang hendak menggunakan peluang penganjuran Sukan Olimpik Beijing untuk memecahbelahkan China dan mewujudkan "kemerdekan Tibet" tidak akan berjaya. Sesiapa pun yang hendak menggugat larian obor di Tibet akan dikenakan hukuman.

Ketika menjelaskan kemungkinan berdialog antara kerajaan China dengan Dalai, Naib Ketua Pengarah Jabatan Penyatuan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Sita menyatakan:

"Kerajaan China selama ini bersedia mengadakan perbincangan dengan pihak Dalai. Walaubagaimanapun kelompok Dalai mesti menghentikan semua kegiatan keganasan, tindakan yang menggugat aktiviti yang berkaitan Sukan Olimpik Beijing, kegiatan memecahbelahkan tanah air. Semua ini merupakan prasyarat bagi berdialog dengan kerajaan China. Begitu juga, kami menegaskan keazaman kami untuk memelihara penyatuan tanah air dan perpaduan bangsa, memelihara hak rakyat Tibet mentadbirkan Tibet, menjamin hak dan keselamatan harta benda rakyat serta memastikan Sukan Olimpik Beijing dijayakan."

Selepas Lhasa kembali reda, kerajaan Wilayah Autonomi Tibet dan kerajaan bandar Lhasa telah mengambil tindakan yang berkesan untuk memberikan rawatan kepada seramai lebih 380 orang penduduk yang cedera, memberikan subsidi khusus kepada keluarga 18 orang yang terkorban. Jabatan berkenaan telah membaik pulih dengan segera infrastruktur yang dirosakkan. Di samping itu, kerajaan juga melaksanakan beberapa dasar keutamaan untuk membantu syarikat dan kedai yang mengalami kerugian beroperasi semula. Encik Qiangba Puncog berkata:

"Pengeluaran dan Kehidupan di Lhasa sekarang telah kembali reda, pelajar-pelajar bersekolah seperti biasa, kebanyakan kedai telah memulihkan urus niaga. Istana Potala, muzium dan destinati lain telah dibuka pintu semula kepada pelancong. Bekalan barangan di pasaran Tibet mencukupi dan harganya terjamin."

Kita difahamkan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar Tibet menambah dengan kadar 12% pada tuju tahun berturut-turut. Setakat penghujung tahun 2007, kira-kira 90% kampung telah dibina jalan raya, semua kampung disediakan kemudahan komunikasi, masalah minuman air yang bersih bagi berjuta-juta orang kaum tani dan penggembala telah diselessaikan. Bilangan penduduk etnik Tibet telah bertambah kepada lebih 2.5 juta dari lebih 1.2 juta orang pada tahun 1964. Bilangan itu menempati 95% bilangan penduduk di Tibet. Rakyat di Tibet sedang menikmati kejayaan perkembangan China.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |