Pengerusi Wilayah Autonomi Tibet Encik Qiangba Puncog menyatakan demikian dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Jabatan Penerangan Dewan Negara China di Beijing hari ini. Wilayah Autonomi Tibet telah bersiap sedia menghadapi larian obor itu Sukan Olimpik Beijing di Tibet. Larian obor pasti dapat berlangsung lancar.
Beliau menyatakan, larian obor di wilayah itu merupakan satu penghormatan dan tanggungjawab rakyat Tibet dan disokong oleh rakyat daripada pelbagai etnik di Tibet. China berkeyakinan untuk menjamin keselamatan larian obor itu.
Beliau juga berkata, tindakan cuba menggugat larian obor oleh anasir "Kemerdekaan Tibet" di London dan Paris tidak dapat menghalang Sukan Olimpik, tetapi menampakkan niat jahat anasir "Kemerdekaan Tibet" kepada masyarakat antarabangsa.
|