Pegawai, atlet, sarjana dan media dari Kanada, Singapura, A.S., Rusia, Australia, Britain dan Indonesia mengecam cubaan menjejaskan larian obor Sukan Olimpik dan memulaukan Sukan Olimpik Beijing akhir-akhir ini.
Menteri Pertahanan Singapura, merangkap Pengerusi Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura, Teo Chee Hean berkata semalam, gangguan terhadap larian obor Sukan Olimpik adalah sesuatu yang malang. Temasya sukan itu tidak sewajarnya dikaitkan dengan unsur politik dan semangat Olimpik hendaklah dihormati.
"Inernational Daily News" Indonesia semalam menyiarkan rencana yang menyebut, rakyat yang mencintai Olimpik di seluruh dunia yakin, tindakan yang mengganggu larian obor Sukan Olimpik dengan tujuan politik tidak akan menjejaskan kerajaan dan rakyat China, sebaliknya mencerminkan sifat keganasan kumpulan Dalai dan kumpulan anti-China di arena antarabangsa.
Bekas Setiausaha Negara A.S., Henry Kissinger semasa diwawancara berkata, Sukan Olimpik adalah satu temasya sukan dan tidak boleh dikaitkan dengan unsur Olimpik.
|