v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wakil-Wakil ANOC Puji China Kerana Tunaikan Janji

2008-04-10 17:09:16 CRI

Persidangan Agung Persatuan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (ANOC) ke-16 telah ditutup di Beijing semalam. Menurut agenda persidangan itu, ANOC dan Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengadakan sidang bersama hari ini. Wartawan CRI kami mewawancara beberapa peserta yang menyertai sidang itu. Mereka telah memberikan pujian kepada usaha persiapan China untuk menganjurkan Sukan Olimpik Beijing serta menganggap bahawa China telah menunaikan janjinya ketika memohon untuk menganjurkan temasya sukan terbesar itu.

ANOC merupakan pertubuhan sukan antarabangsa yang penting. Ia terdiri daripada Jawatankuasa Olimpik dari 205 buah negara dan kawasan di dunia. Sidang ANOC diadakan dua tahun sekali. Dalam sidang yang diadakan di Beijing pada 7 hingga 9 April itu, para peserta telah mendengar laporan kerja Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing. Dalam sidang ANOC dan IOC bersama yang diadakan hari ini, Sukan Olimpik Beijing sekali lagi menjadi topik utama.

Pengerusi ANOC, Mario Vazquez Rana menyatakan kepada wartawan CRI bahawa persiapan dalam pelbagai bidang untuk pelaksanaan Sukan Olimpik Beijing amat bagus, dan rakyat seluruh China sedang berusaha bersama untuk menjayakan temasya sukan itu. Kata beliau:

"Sekarang kita teruskan kegiatan kita dan berharap agar Sukan Olimpik Beijing paling berjaya dalam sejarah. Kita semakin mendekati sasaran itu. Yakinlah, Sukan Olimpik Beijing pasti akan menjadi antara temasya sukan yang paling berjaya dalam sejarah."

Rana memberitahu wartawan CRI bahawa semua wakil ANOC dari 205 negara dan kawasan menyokong penuh Sukan Olimpik Beijing. Keyakinan itu lahir daripada pujian yang diberikan terhadap usaha persiapan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing. Pegawai Jawatankuasa Olimpik dari pelbagai negara dan kawasan menyatakan bahawa China telah menunaikan janjinya ketika memohon untuk menganjurkan Sukan Olimpik ke-29.

Naib Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Perancis, Bernard Lapasset berkata kepada wartawan CRI bahawa pihaknya amat berpuas hati dengan keadaan pembinaan gelanggang Sukan Olimpik Beijing. Kata beliau:

"Kerja persiapan kerajaan Beijing baik sekali. Saya telah melawat beberapa lokasi di Beijing, dan melihat gelanggang yang amat mewah dan tempat yang amat bagus bagi atlet. Beberapa bulan kemudian, Sukan Olimpik Beijing akan merupakan perhimpunan yang meriah."

Pengerusi Jawatankuasa Permohonan untuk Menjadi Tuan Rumah Sukan Olimpik Tahun 2016 Jepun, Ichiro Komo menganggap bahawa China telah menunaikan janjinya. Beliau yakin Sukan Olimpik Beijing akan berjaya dan berharap mempelajari pengalaman China ketika membuat permohonan untuk menganjurkan Sukan Olimpik nanti. Beliau berkata:

"Pada tahun 1990, saya sebagai wakil kontinjen Jepun pernah menyertai Sukan Asia Beijing. Saya berasa kerja dalam pelbagai bidang temasya sukan itu amat menarik. Untuk menjayakan Sukan Olimpik Beijing, kerajaan China telah mengumpul tenaga seluruh negara. Kerja persiapannya amat lengkap, tidak ada apa pun yang perlu dibimbangkan."

Beberapa tahun ini, IOC memberikan perhatian khusus kepada pencemaran di negara tuan rumah Sukan Olimpik. Jadi, kerajaan China berjanji menganjurkan "Sukan Olimpik yang Hijau". Sehubungan ini, Pengerusi IOC, Jacques Rogge menyatakan:

( keluar suara 4 )

"Dalam tempoh 6 hingga 8 tahun lalu, perusahaan industri China berkembang amat pesat dan menimbulkan masalah pencemaran udara. Namun, kami memuji kerajaan China yang telah mengambil langkah-langkah yang berkesan untuk mengatasi masalah pencemaran baik bagi Sukan Olimpik Beijing mau pun bagi perkembangan China pada masa depan."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |