Wilayah Autonomi Tibet kebelakangan ini berusaha mengembangkan ekonomi pertanian dan penternakan yang pelbagai, serta mencari peluang bekerja di tempat lain untuk kaum tani dan penggembala di Tibet. Serentak itu, pembinaan infrastruktur termasuk landasan kereta api Qinghai-Tibet semakin memudahkan yang menyebabkan perubahan struktur pendapatan penduduk di Tibet bergantung pendapatan mereka kepada pelbagai sumber.
Selepas perkhidmatan kereta api Qinghai-Tibet disediakan, ramai kaum tani dan penggembala mencari rezeki dalam bidang pelancongan. Menurut statistik Jabatan Pentadbiran Pelancongan Wilayah Autonomi Tibet, seramai 4.02 juta orang melancong ke Tibet pada tahun 2007 dan lebih 34 ribu orang penduduk Tibet yang terlibat dalam urus niaga pelancongan.
Pendapatan kaum tani dan penggembala di Tibet meningkat pada kadar lebih 10% sejak lima tahun lalu dan tahap berbelanja turut meningkat.
|