v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Tokoh-tokoh Politik Negara Asing Menyokong Sukan Olimpik Beijing

2008-04-15 15:29:07 Agensi Berita Xinhua China

Tokoh-tokoh politik dari beberapa negara mengeluarkan kenyataan baru-baru ini untuk menyokong pelaksanaan Sukan Olimpik Beijing.

Presiden Republik Korea, Han Seung-soo berharap larian obor Sukan Olimpik yang akan diadakan di Seoul nanti merupakan peluang yang baik bagi menyemarakkan semangat Olimpik.

Ketua Setiausaha Kumpulan Switzerland-China Parlimen Switzerland, Pierre Kohler menyatakan perbuatan memperalatkan Sukan Olimpik bagi "tujuan politik" adalah salah. Beliau dengan tegas menentang tindakan yang menggugat larian obor di London dan Paris.

Setiausaha Agung Kementerian Luar Guinea, Cisse berkata, kerajaan Guinea menentang tindakan yang mengaitkan Sukan Olimpik dengan isu politik dan tindakan komplot kumpulan Dalai yang mencetuskan rusuhan di Lhasa bagi menggugat temasya sukan Beijing. Guinea menyokong usaha yang dibuat oleh kerajaan China dalam memelihara keamanan dan kestabilan Tibet.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |