v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Orang Cina dan Perantau China di Minnesota A.S. Membantah Aktiviti "Kemerdekaan Tibet" yang Dijalankan Oleh Dalai
2008-04-18 11:33:45 Agensi Berita Xinhua China

Perantau China dan orang Cina di Minnesota, A.S. mengadakan tunjuk perasaan dua hari lalu untuk membantah Dalai yang mengadakan aktiviti "kemerdekaan Tibet" di negeri itu bagi menjejaskan Sukan Olimpik Beijing.

Media tempatan menyiarkan, lebih 50 orang Cina mengadakan perhimpunan membantah tipu muslihat Dalai mengenai rusuhan di Tibet. Mereka juga menyeru ahli politik A.S. jangan mencampuri urusan dalaman China.

Pada 15 April lalu, Dalai menyertai satu majlis di Stadium Bola Keranjang Universiti Washington, Seattle. Beberapa ratus orang Cina dan perantau China mengadakan perhimpunan di luar stadium itu membantah cubaan Dalai mengapi-apikan aktiviti "kemerdekaan Tibet" di negeri itu.

Salah seorang penganjur perhimpunan itu, Tan Wenzhao berkata, perantau China, orang Cina dan pelajar China yang melanjutkan pelajaran di negeri itu berkomunikasi melalui internet untuk mengadakan perhimpunan tersebut. Mereka hendak menjelaskan perkara sebenar rusuhan di Tibet kepada rakyat A.S..

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |