v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Media Seberang Laut Membidas "Kemerdekaan Tibet"
2008-04-19 15:40:37 Agensi Berita Xinhua China

Beberapa media seberang laut baru-baru ini menyiarkan rencana untuk membidas "kemerdekaan Tibet".

Akhbar Sing Tao Jih Pao Hong Kong menyiarkan, Pengerusi Kongres Belia Tibet (TYC), Tsewang Rigzin baru-baru ini menyatakan, pertubuhan itu akan menggunakan kaedah keganasan termasuk serangan berani mati untuk memperjuangkan "kemerdekaan Tibet". Menurut siaran akhbar tersebut, TYC sentiasa memperoleh sokongan dana daripada Pendermaan Demokrasi Kebangsaan A.S.. Sikap A.S. terhadap kongres itu seakan-akan ia menyokong Al-Qaeda untuk melawan Soviet Union sempena Perang Dingin.

Akhbar Guardian Britain menyiarkan, media A.S. dan Eropah memberi reaksi yang tegas mengenai isu Tibet. Tetapi mereka telah melalaikan konflik yang teruk di kawasan-kawasan yang lain. Keadaan ini menunjukkan bahawa media tersebut mengambil dwistandard. Menurut akhbar itu, tindakan menjejaskan larian obor Sukan Olimpik Beijing yang dilaksanakan oleh anasir antiChina di London, Paris dan San Francisco telah mencetuskan kemarahan orang Cina di seberang laut.

Akhbar Handelsblatt Jerman menyiarkan, bidang ekonomi negara itu amat bimbang akan Perdana Menteri Angela Merkel ingin menemui Dalai lagi. Mereka berpendapat bahawa tindakan tersebut akan menjejaskan kepentingan Jerman di China.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |