v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Perantau China Adakan Tunjuk Perasaan Bantah Laporan Media Barat yang Tidak Adil

2008-04-20 14:47:10 CRI

Pada semalam waktu tempatan, hampir 10 ribu orang perantau China, pelajar China dan warga Perancis yang bersahabat mengadakan perhimpunan orang Cina di Lapangan Republik Paris yang skopnya paling besar dalam 20 tahun lalu. Tujuannya adalah untuk menyokong Sukan Olimpik Beijing dan membantah laporan yang tidak adil yang disiarkan oleh beberapa badan media Perancis tentang rusuhan Lhasa dan Sukan Olimpik Beijing.

Seramai ribuan orang pelajar dan perantau China di Jerman mengadakan perhimpunan dan perarakan yang bertemakan "Sokong Sukan Olimpik Beijing, Tentang laporan media Berat Sebelah" di Berlin. Mereka menentang pemisah Tibet melakukan keganasan di Lhasa, membidas laporan media barat yang memutar belik fakta sebenar dan mengutuk pemisah Tibet yang menggugat larian obor Sukan Olimpik.

Pada hari yang sama, perhimpunan perantau China yang seumpama itu juga diadakan di pelbagai bandar A.S. termasuk Washington, San Fransisco dan Los Angeles. Seramai beberapa ribu orang Cina dan perantau China dalam perhimpunan di Los Angeles mengutuk ucapan fitnah penyiar CNN, Jack Cafferty terhadap rakyat China dan menuntut dia meminta maaf kepada rakyat China.

Selain itu, perhimpunan orang Cina dan perantau China juga diadakan di London dan Manchester Britain untuk mengutuk BBC yang menyiarkan laporan yang memutar belik fakta sebernar di China.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |