v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

"Percubaan Memerdekakan Tibet" Tidak Akan Berjaya Melalui Cara Mengantarabangsakan Isu Tibet
2008-04-22 14:38:16 CRI

Akhbar Harian Renminribao hari ini telah menerbitkan rencana yang bertajuk "percubaan memerdekakan Tibet tidak akan berjaya dengan cara mengantarabangsakan isu Tibet".

Menurut rencana tersebut, ketika segelintir orang di negara-negara barat mencetuskan kegiatan anti China, Dalai Lama juga melakukan pelbagai kegiatan. Sesetengah orang mengambil kesempatan hendak menambah tekanan kepada China dengan menggunakan Kumpulan Dalai. Di samping itu Kumpulan Dalai pula mahu menggunakan peluang ini untuk menggembar-gembarkan "Isu Tibet" di peringkat antarabangsa bagi memberi tekanan kepada kerajaan China.

Rencana tersebut juga menyebut sehingga ini tidak ada sebarang negara yang mengakui "Kemerdekaan Tibet" . Ini membuktikan cara untuk mengantarabangsakan "Isu Tibet" tidak tercapai. Rakyat China tidak akan membenarkan kegiatan "Kemerdekaan Tibet" dan masyarakat antarabangsa juga tidak mempedulikan kegiatan itu. "Isu Tibet" berkait rapat dengan kedaulatan negara dan tidak boleh dibuat tawar-menawar. Ini dapat dilihat melalui perpaduan rakyat China sejak peristiwa Lhasa pada "14 Mei" dan tindakan anti pemisah yang dilakukan oleh masyarakat Cina di seberang laut.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |