v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Apa yang Disebut "Isu Hak Asasi Manusia Tibet" Sebenarnya Campur Tangan Sesetengah Negara Barat terhadap Urusan Dalaman China
2008-04-23 19:22:23 Agensi Berita Xinhua China

Negara-negara barat yang menuduh China mencabul "hak asasi manusia warga Tibet", sebenarnya campur tangan mereka terhadap urusan dalaman China. Demikian diputuskan pakar hak asasi manusia dalam dan luar negara yang menghadiri Forum Hak Asasi Manusia Beijing Pertama.

Timbalan Naib Canselor Universiti Etnik-etnik Pusat China, Shesrab Nyima berkata, kuasa-kuasa anti-China di Barat yang berminat membangkitkan "isu hak asasi manusia" itu bukan kerana mencari keadilan, tetapi hegemoni mereka sendiri.

Ketua Pusat Pengajian dan Pemilihan Dasar New Delhi India, Mohan Guruswamy pula berkata, beliau berkunjung ke Tibet selama seminggu tahun lalu dan menyaksikan sendiri perkembangan Tibet yang pesat dan kepuasan rakyat terhadap kehidupan mereka.

Ketua Pejabat Pengajaran dan Pengajian Undang-undang Antarabangsa Universiti Persahabatan Rakyat Rusia, Aslan Abashidze berkata, urusan Tibet merupakan hal ehwal dalam negeri China. Oleh itu, mereka yang tidak mengetahui sejarah Tibet tidak berhak untuk membincangkannya. Jika prinsip antarabangsa terjejas dalam bidang kedaulatan negara, perkara itulah yang patut dianggap sebagai pencabulan hak asasi manusia.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |