v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pengerusi Persatuan Persahabatan Perancis-China Kecam Media Barat Memburuk-burukkan China

2008-04-24 11:30:47 CRI

Sejak rusuhan berlaku di Lhasa pada 14 Mac lalu, pelbagai media Barat, termasuk media Perancis membuat laporan yang memutarbelitkan fakta, bahkan mengaitkan Sukan Olimpik Beijing dengan isu Tibet. Semasa diwawancara oleh wartawan CRI, Pengerusi Persatuan Persahabatan Perancis-China Jacques Van Minden mengecam keras pihak media yang memburuk-burukkan China dengan menggunakan isu Tibet.

Beliau berkata, orang Barat tidak mengetahui dengan jelas mengapa Dalai meninggalkan China. Lebih melang kerana media Perancis pula tidak memberitahu perkara sebenarnya kebenarannya kepada orang ramai. Dalam karangannya yang diterbitkan dalam "Nouvelles'd Europe", akhbar bahasa Mandarin terbesar di Eropah pada penghujung bulan Mac lalu, Jacques Van Minden menjelaskan, semasa Dalai mentadbir Tibet, wilayah itu berada dalam keadaan masyarakat perhambaan, sama seperti keadaan Eropah pada Zaman Pertengahan. Ini beliau saksikan sendiri dan dapatmerakamkan situasi itu dengan foto yang diambilnya pada masa itu sebagai bekti.

Beliau menyeru media Barat merenung diri sendiri kerana tindakan yang dibuat mereka dan menyeru kerajaan Perancis bertindak untuk memelihara persahabatan antara China dan Perancis.

Jacques Van Minden kini berusia 77 tahun. Beliau telah 206 kali melawat China sejak lawatan pertamanya ke China pada tahun 1956. Setakat ini, beliau telah melawat semua wilayah di China.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |