v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pihak Lain Tidak Berhak Campur Tangan dalam Isu Tibet China
2008-04-24 14:25:19 Agensi Berita Xinhua China

Pakar-pakar hak asasi manusia dari dalam dan luar negara China yang menyertai "Forum Hak Asasi Manusia Beijing Pertama" semalam telah dibawa mengadakan kunjungan di Beijing. Penolong Khas Naib Menteri Luar Filipina, Puan Lovelia Cabrera Laping menyatakan kepada pihak media bahawa isu Tibet merupakan urusan dalam negeri China, pihak lain tidak berhak untuk campur tangan.

Beliau menyatakan demikian semasa diberitahu bahawa Naib Setiausaha Negara A.S. Paula J. Dobriansky tidak mempedulikan bantahan keras China terhadap perbuatannya untuk mengadakan pertemuan dengan Dalai.

Naib Presiden Universiti Etnik-etnik Pusat, Shesrab Nyima pula menyatakan kemarahannya terhadap tindakan Majlis Perbandaran Paris menganugerahkan Dalai gelaran "Warga Kehormat Paris". Beliau berkata, "hak asasi manusia" sewenang-wenangnya dijadikan alat oleh pihak Barat. Masalah hak asasi manusia Tibet yang dibangkitkan mereka sebenarnya sama dengan usaha "Kemerdekaan Tibet".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |