v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pegawai Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China Adakan Pertemuan dengan Wakil Dalai
2008-05-06 19:23:59 CRI

Pegawai Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Zhu Weiqun dan Sitar mengadakan pertemuan dengan wakil peribadi Dalai, Lodi Gyari dan Kelsang Gyaltsen di Shenzhen, bandar selatan China semalam. Pertemuan tersebut dibuat atas permintaan Dalai

Dalam pertemuan itu, Zhu Weiqun dan Sitar menyatakan, Parti Komunis China mengekalkan dasar terhadap Dalai dan bersedia mengadakan perbincangan pada bila-bila masa.

Lodi Gyari dan Kelsang Gyaltsen pula menyatakan akan melaporkan perkara-perkara yang disebut dalam pertemuan itu kepada Dalai Lama.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan pertemuan sekali lagi pada masa yang sesuai.

Presiden China, Hu Jintao semasa diwawancara oleh wartawan media Jepun di Beijing semalam menerangkan mengenai pertemuan pegawai Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dengan wakil peribadi Dalai itu. Beliau berharap pihak Dalai dapat benar-benar menghentikan tindakan-tindakan khianat memisahkan negara, menghasut rusuhan kekerasan dan menggugat Sukan Olimpik Beijing, bagi membuka jalan mengadakan perbincangan selanjutnya.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |