v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Diplomat Etnik Tibet China Jelaskan Isu Tibet

2008-05-09 17:03:09 CRI

Baru-baru ini, Konsulat China ke New York telah mengadakan sidang akhbar beberapa kali untuk memaklumkan fakta rusuhan yang berlaku di Lhasa pada 14 haribulan Mac lalu serta memperkenalkan situasi Tibet sebenar kepada media China dan negara asing. Kehadiran diplomat etnik Tibet China, Renzhenluosedalam sidang akhbar tersebut telah menarik perhatian pelbagai pihak.

Encik Renzhenluose menyatakan bahawa sekarang memang terdapat sesetengah pihak yang hanya percaya dan mengikut anasir "kemerdekaan Tibet" sahaja, mereka ini tidak mengetahui fakta sebenar kejadian itu dan tidak mengetahui sejarah Tibet. Beliau menyatakan bahawa salah faham mereka terhadap isu Tibet adalah mereka menganggap kebudayaan Tibet itu hanyalah semata-mata kebudayaan agama. Sebenarnya agama hanyalah sebahagian daripada kebudayaan Tibet yang lebih luas. Kata beliau:

"Bagi etnik Tibet sendiri, kebudayaan agama tidak dapat mewakili keseluruhan kebudayaan mereka. Maka, menyamakan kebudayaan Tibet dengan kebudayaan agama memang mencerminkan yang mereka tidak mempunyai pengetahuan yang berkenaan."

Renzhenluose terus menyatakan bahawa bukan sahaja agama Buddha Tibet tidak boleh disamakan dengan kebudayaan Tibet, mazhab Dge Lugs yang diketuai oleh Dalai juga hanyalah salah sebuah daripada beberapa banyak mazhab dalam agama Buddha Tibet. Ini bermakna Dalai bukan satu-satunya pemimpin tertinggi agama Buddha Tibet dan bukan wakil semua rakyat Tibet. Beliau berkata:

"Pelbagai mazhab mempunyai pemimpin tertinggi sendiri yang diwariskan oleh mazhab itu. Mazhab-mazhab ini mempunyai kedudukan yang sama. Sesetengah orang asing menyamakan agama Buddha Tibet dengan Dala, inii adalah salah."

Renzhenluose menambah lagi, bahawa Dalai sentiasa menafikan dakwaan tentang beliau berniat memencahbelahkan China, akan tetapi banyak fakta membuktikan beliau tidak bercakap benar. Pada awal tahun 1963, kerajaan Tibet dalam buangan menggubal satu perlembagaan yang menyatakan bahawa Dalai ialah "pemimpin politik dan agama tertinggi negara Tibet yang merdeka". Bahkan pada tahun 1992, Dalai mengumumkan dokumen Panduan Kekuasaan dan Perlembagaan Tibet Pada Masa Depan, yang dalamnya diatur dengan terperinci tentang penubuhan negara, pemilihan presiden, kerajaan sementara, penggubalan perlembagaan dan pembentukan parlimen di Tibet.

"Bukankan ini program kemerdekaan Tibet yang diusulkan oleh beliau? Dalai menyatakan bahawa beliau tidak pernah melakukan sebarang tindakan untuk memecahbelahkan negara. Jadi, program yang diumumkannya iatu untuk apa?"

Tentang dakwaan kelompok Dalai dan beberapa badan media barat tentang penghapusan kebudayaan Tibet yang dilakukan oleh kerajaan China, Renzhenluose mengambil satu contoh:

"Perpustakaan Kebudayaan Tibet Zaman Moden Latse terletak di New York, A.S. dan menyimpan banyak buku. Ketika kami melawat perpustakaan itu, kami melihat 70-80% jumlah buku di sana diterbitkan di Tibet China. Bagaimana menjelaskan dakwaan 'penghapusan kebudayaan Tibet" dengan fakta ini?"

Pada akhirnya, Renzhenluose menyatakan bahawa majoriti rakyat etnik Tibet menikmati kemajuan Tibet dan menghargai keamanan dan perpaduan yang wujud sekarang. Mereka berharap keamanan mesyarakat dipelihara dan mereka amat benci kepada rusuhan yang berlaku di Lhasa itu. Beliau berkata:

"Rusuhan yang berlaku di Lhasa telah menjejaskan kehidupan rakyat etnik Tibet. Pelancong menjadi kurang dan pendapatan penduduk turut menjadi kurang. Majoriti rakyat etnik Tibet menentang keras keganasan itu. Itu bukanlah fakta yang menyatakan bahawa kejadian itu disebabkan oleh ketidapuasan etnik Tibet terhadap kerajaan. Orang yang berkata demikian memang ada tujuan yang tersembunyi di belakangnya."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |