Gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter berlaku 2.28 petang di kaunti Wenchuan, sebelah barat laut, lebih 100 kilometer dari bandar Chengdu, ibu kota provinsi Sichuan China. Lebih 10 provinsi dan bandar merasai gegaran itu termasuk Ningxia, Qinghai dan bandar raya Shanghai. Setakat pukul enam petang, terdapat 107 terkorban.
Presiden Hu Jintao segera mengarahkan kerja-kerja menyelamat mangsa dijalankan dan memastikan keselamatan rakyat di zon bencana. Perdana Menteri, Wen Jiabao berkejar ke kawasan bencana untuk mengaturkan usaha-usaha menyelamat di sana.
Selain itu, Biro Seismologi China menghantar kumpulan pekerja ke zon bencana berdasarkan rancangan kecemasan peringkat tingkat pertama. Pada pukul empat petang tadi, Kementerian Hal Ehwal Awam China segera menyediakan lima ribu khemah untuk dihantar ke kawasan bencana.
Penduduk kaunti Wenchun berjumlah lebih 111 ribu orang.
|