Gempa bumi yang berlaku di Kaunti Wenchuan Provinsi Sichuan China ditumpukan perhatikan orang Cina di Thailand.
Pengerusi Persatuan Perniagaan Cina Thailand, Suthee Minchainun dalam surat takziahnya berkata, pihaknya bersimpati dengan beban yang ditanggung di kaunti Wenchuan China semalam, yang memberi kesan yang buruk kepada mangsa-mangsa bencana. Beliau mewakili Persatuan Perniagaan Cina Thailand menyatakan takziah dan simpati kepada mangsa-mangsa. Beliau beryakinan, menerusi kerajaan China, rakyat akan dapat mengatasi bencana tersebut,
Ketua Persatuan Perniagaan Import dan Eksport Cina Thailand, Kraisorn Chansiri dalam surat takziahnya berkata, pihaknya amat bersimpati kepada mangsa-mangsa tragedi tersebut.
Kini, beberapa persatuan Cina di Thailand menyumbang derma barangan dan wang untuk membantu mangsa bencana itu. Upacara penyerahan bantuan diadakan di Kedutaan Besar China ke Thailand hari ini untuk disalurkan ke kawasan bencana.
|