China mengucapkan terima kasih dan menyambut baik bantuan masyarakat antarabangsa untuk kawasan bencana gempa Sichuan.
Jurucakap Kementerian Luar China, Qin Gang menyatakan demikian dalam sidang akhbar di Beijing hari ini.
Beliau berkata, selepas gempa bumi berlaku di Kaunti Wenchuan Provinsi Sichuan, beberapa negara dan pertubuhan antarabangsa menyatakan simpati melalui pelbagai cara, dan menyatakan kesediaan membantu kerja menyelamat kerajaan dan rakyat China. Beliau menyatakan, jabatan China yang berkaitan telah membuka saluran hubungan untuk membolehkan pasukan penyelamat menghubungi jabatan berkenaan.
|