China menyambut baik usaha masyarakat antarabangsa menyediakan bantuan ke kawasan bencana gempa Sichuan dan akan mengangkut segala barangan dan wang ke kawasan bencana dengan segera.
Ketua Jabatan Penyelamatan Bencana Kementerian Hal Ehwal Awam China, Wang Zhenyao menyatakan demikian dalam sidang akhbar di Beijing hari ini. Beliau berkata, China menghargai segala sumbangan bantuan masyarakat antarabangsa itu, namun, kerana komunikasi terputus di kawasan bencana, barangan bantuan dan penyelamat sukar sampai ke kawasan bencana. Kerajaan China juga menghadapi kesukaran mengatur pasukan penyelamat antarabangsa untuk masuk ke kawasan bencana.
|