Kerajaan China akan berusaha dengan sedaya upaya untuk menyalurkan bantuan kecemasan ke zon bencana Sichuan yang dilanda gempa bumi.
Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri, Wen Jiabao pagi tadi.
Banyak pasukan penyelamat dan pasukan kesihatan bergerak ke zon bencana. Bagaimanapun, hubungan di beberapa kawasan yang terputus dan cuaca buruk menyulitkan kerja mencari dan menyelamat. Wen Jiabao menegaskan bahawa laluan ke kawasan bencana perlu dipulihkan sebelum pukul 12 malam ini. Serentak itu, makanan dan ubat-ubatan perlu secepat mungkin disalurkan kepada mangsa bencana melalui kapal terbang.
|