Pihak-pihak yang terlibat terus gigih melakukan operasi penyelamatan di zon bencana Sichuan.
Kementerian Kewangan China memperuntukkan dana sebanyak 860 juta yuan RMB untuk membantu zon bencana melakukan kerja menyelamat.
Logi jana kuasa elektrik di zon bencana dipulihkan dan beroperasi dengan lancar. Kebanyakan landasan kereta api juga dibaik pulih, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Chengdu yang terpaksa ditutup beroperasi semula.
Setakat ini, tiada laporan kematian pengunjung asing ekoran gempa bumi tersebut.
Jabatan Pentadbiran Pelancongan Negara China meminta pembatalan semua rombongan lawatan ke Sichuan.
|