Pelbagai tempat di China menyalurkan bantuan kepada zon bencana gempa di Sichuan.
Beijing menyumbang derma sebanyak 3 juta yuan RMB manakala Shanghai menubuhkan pasukan kesihatan untuk menyertai kerja-kerja menyelamat. Tianjin pula menghantar 200 orang polis khas ke zon bencana hari ini dan menyumbang barang bantuan bernilai 3 juta yuan RMB; sementara pasukan penyelamat Hainan sudah diterbangkan ke Sichuan.
Palang Merah Hong Kong menderma wang sebanyak 500 ribu yuan RMB kepada Sichuan malam semalam dan menghantar kakitangan untuk menilai kesan kemusnahan di wilayah itu.
|