v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

9219 Orang Mati Ekoran Gempa Bumi di Kaunti Wenchuan Provinsi Sichuan
2008-05-13 08:55:07 Agensi Berita Xinhua China

Gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter berlaku 2.28 petang semalam di kaunti Wenchuan, sebelah barat laut, lebih 100 kilometer dari bandar Chengdu, ibu kota provinsi Sichuan China. Lebih 10 provinsi dan bandar merasai gegaran itu termasuk Ningxia, Qinghai dan bandar raya Shanghai. Setakat 7.00 pagi 13 Mei, terdapat 9219 terkorban. 

Presiden Hu Jintao segera mengarahkan kerja-kerja menyelamat mangsa dijalankan dan memastikan keselamatan rakyat di zon bencana. Perdana Menteri, Wen Jiabao sedang mengarahkan kerja-kerja menyelamat di sana.

Selain itu, Biro Seismologi China menghantar kumpulan pekerja ke zon bencana berdasarkan rancangan kecemasan peringkat tingkat pertama. Pada pukul empat petang tadi, Kementerian Hal Ehwal Awam China segera menyediakan lima ribu khemah untuk dihantar ke kawasan bencana.

Penduduk kaunti Wenchun berjumlah lebih 111 ribu orang.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |