Pemimpin beberapa negara dan petugas pertubuhan antarabangsa masing-masing menyampaikan simpati kepada China selepas berlakunya gempa bumi di provinsi Sichuan China.
Perdana Menteri Jepun, Fukuda Yasuo, Presiden Rusia, Dmitri Medvedev dan Presiden A.S., Geroge W.Bush semalam mengirim surat atau mengutus kawat kepada Presiden Hu Jintao untuk menyampaikan simpati terhadap China yang mengalami bencana gempa bumi yang dahsyat. Para pemimpin itu juga menyatakan kesedianya mengeluarkan bantuan ke kawasan bencana. Jurucakap Biro Penerangan Bahagian Kecemasan Rusia berkata, Rusia bersedia menyediakan sebuah pesawat pengangkut untuk menghantar kumpulan kerja bantuan, pasukan juruteknik kesihatan dan barangan bantuan ke kawasan bencana China untuk menjalankan kerja-kerja menyelamat.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon berhubung dengan Menteri Luar China, Yang Jiechi melalui telefon semalam, menyatakan pihaknya menyokong sepenuhnya usaha penyelamatan dan pembangunan semula kawasan bencana.
Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Jacques Rogge juga mengutus surat kepada Hu Jintao untuk menyampaikan rasa dukacita terhadap mangsa bencana gempa bumi. Beliau menyatakan kesediaan pertubuhan itu bersama-sama dengan rakyat China untuk menghadapi bencana tersebut.
Selain itu, Suruhanjaya Kesatuan Eropah juga menyampaikan simpati kepada China.
|