Perdana Menteri Thailand, Samak Sundaravej dan Menteri Luar, Noppadon Pattama mengutus kawat kepada Wen Jiabao dan Yang Jiechi untuk menyatakan simpati ke atas bencana di Sichuan. Mesyuarat Kabinet Thailand hari ini membuat keputusan untuk menghulurkan bantuan sebanyak 500 ribu dolar Amerika kepada China.
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menyatakan, kerajaannya bersedia menghantar pasukan penyelamat ke kawasan bencana China sekiranya kerajaan China memohon bantuan.
Presiden Pakistan, Pervez Musharraf dan Perdana Menteri, Syed Yousuf Raza Gilani percaya rakyat China berkemampuan untuk segera membangunkan semula kampung halaman yang musnah dilanda gempa. Menurut mereka, rakyat Pakistan turut merasa dukaciti terhadap rakyat China dengan apa yang mereka alami.
Presiden Laos, Choummaly Sayasone dan Perdana Menteri, Bouasone Bouphavanh menyampaikan simpati kepada kerajaan dan rakyat China serta yakin rakyat China dapat memulihkan pengeluaran dan kehidupan dengan secepat mungkin.
Presiden Republik Korea, Lee Myung Bak menyatakan dukacita kepada mangsa serta mengarahkan badan kebajikan negaranya memberikan bantuan kepada China.
|