China masih belum mendapat laporan mengenai kecederaan dan kematian warga asing dalam bencana gempa di Sichuan setakat ini. Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Qin Gang dalam sidang akhbar hari ini.
Beliau berkata, selepas bencana berlaku, Kementerian Luar China segera berhubung dengan kedutaan asing di China untuk mengetahui laporan kecederaan dan kematian warga asing di kawasan bencana Sichuan.
Qin Gang berkata, disebabkan perkhidmatan pengangkutan terputus dan telekomunikasi musnah, keadaan di kawasan bencana masih belum diketahui.
|