Naib Menteri Komunikasi China, Feng Zhenglin menyatakan di Beijing hari ini, semua lebuh raya di Provinsi Sichuan kini beroperasi semula.
Jalan raya utama di kawasan bencana gempa termasuk Chengdu, Deyang dan Mianyang telah beroperasi semula. Kini, kerja membersih laluan jalan raya tertumpu di Kaunti Wenchuan. Pasukan penyelamat sedang bertungjus-lumus melincinkan laluan ke Kaunti Wenchuan dari empat arah.
|